New
Keadaan seperti unit baharu.
PANDUAN SCRUT
Sebelum pilih unit, faham dulu maksud nombor dan huruf pada auction sheet. Lagi jelas maklumatnya, lagi yakin anda buat keputusan.
MULA DENGAN YANG ASAS
Dalam lelongan Jepun, kereta biasanya datang bersama auction sheet. Sheet ini tunjuk grade keseluruhan, tanda calar atau kemek, bahagian yang pernah dibaiki dan isu lain yang pemeriksa nampak.
Gunakan panduan ini untuk faham simbol dengan cepat. Untuk keputusan akhir, minta kami tunjukkan auction sheet penuh dan terangkan keadaan unit satu per satu.
Ringkasnya
Nombor
Grade keseluruhan condition kereta.
Huruf A–X
Jenis calar, kemek, karat atau cermin.
R / 0
Ada sejarah kemalangan atau repair.
RUJUKAN VISUAL
Tekan mana-mana gambar untuk lihat lebih besar. Simpan panduan ini bila anda sedang bandingkan beberapa unit.
AUCTION GRADE
Ini gambaran ringkas grade yang biasa anda nampak. Tanya kami untuk terangkan konteks unit tertentu sebelum buat booking.
Keadaan seperti unit baharu.
Hampir tiada isu yang ketara.
Excellent, dengan isu yang sangat minimum.
Isu kecil sahaja dan biasanya ringan.
Ada beberapa isu yang mungkin perlukan repair.
Ada isu yang perlu diselesaikan.
Condition kurang baik dan perlu semakan lebih teliti.
Non-running car yang perlukan forklift untuk dialihkan.
MARKING PADA BODY DIAGRAM
Biasanya pemeriksa akan tandakan lokasi isu terus atas diagram kereta. Ini maksud kod yang paling kerap keluar dalam rujukan scrut.
TANDA REPAIR & KEMALANGAN
| Kod | Maksud | Apa yang patut ditanya |
|---|---|---|
| R / 0 | Ada sejarah kemalangan atau pernah dibaiki. | Bahagian mana yang dibaiki dan ada gambar sebelum repair? |
| RA | Kemalangan ringan yang sudah dibaiki. | Adakah melibatkan panel luar sahaja? |
| RB | Repair berat. | Adakah struktur, keselamatan atau banyak panel terlibat? |
| RC | Pillar atau frame pernah ditukar / dibaiki. | Minta pemeriksaan alignment dan rangka dengan jelas. |
| R2 | Sejarah kemalangan dengan isu karat atau corrosion. | Semak bahagian bawah, sambungan panel dan kesan air. |
BILA DAH NAMPAK KOD
Minta kami terangkan semua tanda pada auction sheet, bukan hanya grade utama.
Semak bahagian repair, gambar, resit atau laporan pemeriksaan yang tersedia.
Bandingkan condition, mileage, spesifikasi dan kos selepas sampai Malaysia.
MASIH TAK PASTI?
Boleh WhatsApp nama model atau gambar auction sheet. Kami terangkan dalam bahasa yang senang faham.
Tanya Barri di WhatsApp →